Sunday, March 8, 2009

Beginikah Bahasa Melayu Ditalkinkan?

ihsan Teranungkite
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Jauh di sudut hati, aku sedih dengan nasib Bahasa Melayu di bumi Malaysia ini.

Memetik kata-kata Pak Samad (Sasterawan Negara-A. Samad Said), "..rupa-rupanya, begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,..."

Sebaknya rasa, apabila seorang tokoh bahasa dan sasterawan yang cuba mempertahankan bahasanya, bersama pulahan ribu rakyat, diusir, disembur dan diloyakan dengan bom asap yang memualkan...

9 comments:

  1. Jika bahasa tidak dipertahankan, apalagi yang akan tinggal pada kita sebagai identiti bangsa melayu..

    ReplyDelete
  2. Bahasa menunjukkan bangsa. Kalau bahasa tidak boleh dipertahankan bangsanya .....

    ReplyDelete
  3. Selaku pencinta bahasa, saya cukup sedih dengan keadaan yang berlaku. Sudahlah dunia persuratan Melayu dihilangkan cerianya, dibekukan dan dikakukan, malapetaka pula menimpa.

    ReplyDelete
  4. Maaf saya mahu bersuara...

    Saya sokong 100% PPSMI. Tidak pula kurang jiwa Melayu saya. Saya kurang faham kenapa isu ini ditimbulkan semula selepas beberapa tahun PPSMI dilaksanakan. Kenapa bukan ketika saat ia mahu diaplikasikan dlm sistem pendidikan dahulu?

    Ketika Perak bergelut, pihak lain mencuba lagi menimbulkan isu. Jika mahu membangkang, kenapa bukan ketika cuti sekolah bulan 11 atau bulan 12? Kenapa selepas sesi persekolahan bermula baru semua berteriak menunjuk emosi?

    Melayu selalu memandang hina bangsa sendiri. Keadaan ini menambah kepada nilai hina bangsa, saya amat sedih. Malaysia bergolak teruk saat ini.

    Isu di Perak, isu peralihan kuasa, isu ekonomi Malaysia bakal merudum beberapa bulan lagi... isu bahasa Melayu ini lagi.. tidak sedarkah semua Melayu yang menimbulkan semua isu ini bakal membuatkan ribuan pekerja hilang pekerjaan di kala ekonomi makin merudum ini?

    Tidak tahukah pelabur asing mula menarak diri dari negara kita yang semakin tak stabil?

    Jangan sesekali pandang rendah kemampuan orang luar bandar!. Saya dari kawasan pendalaman Baling yang mana masih ramai yang belum punya paip air. Saya mampu buktikan org ulu spt ssaya mampiu belajar.

    Saya lihat, bukan pelajar luar bandar tidak mampu belajar dalam bahasa Inggeris, tapi kebanyakkan GURU MELAYU sendiri yang tidak mahu berubah dalam menjadikan Ilmu Math dan Sains mudah dipelajari dalam Inggeris.

    Jikalau anda pelajar aliran sains, dan meneruskan pengajian di aliran sains peringkat universiti, pasti anda akan merasa sukarnya. Apa-apapun, bukankah Geologi, Sejarah, 2 kertas Bahasa Melayu, KHB dan puluhan matapelajaran peringkat SPM masih diajar dlm bahasa Ibunda?

    Melayu terlalu senang dengan makan yang disuap, tidur yang dibantalkan, dan jalan yang ditongkatkan.

    Maka, kelihatan kurangkah nilai Melayu saya sekarang ini?

    p/s: Tahukah di sekolah Cina, budak2 belajar Sains dan math dalam Inggeris dan bahasa cina? Ada cina boikot? Kenapa tidak mahu buka mata?

    ReplyDelete
  5. Tirana, Pokli, Puterabumi,

    Ramai yang masih tidak memahami isu sebenar dalam PPSMI. Saya tegaskan Melayu tidak menolak Bahasa Inggeris. Saya sendiri pastikan anak-anak belajar bahasa Inggeris. Tetapi jangan korbankan Matematik dan Sains, sebab dua subjek itu kini jadi 'killer subject'

    Terima kasih pandangan selari..

    ReplyDelete
  6. Marissa,

    Salam untuk puan. Izinkan saya menjawab beberapa persoalan yang puan kemukakan.

    Pertama, Kenapa bukan ketika saat ia mahu diaplikasikan dlm sistem pendidikan dahulu?

    Jawab: Puan silap sebenarnya. Orang Melayu sudah membantah ketika itu. GAPENA, ABIM, GPMS, malah PEMUDA UMNO sendiri menyuarakan sanggahan terhadap idea Dr. M (ketika itu PM). Malangnya, Tun amat yakin orang Melayu menerima idea tersebut. Akhirnya, UMNO bersetuju pelaksanaan PPSMI (rujuk Persidangan Agung UMNO 2002).

    Tidak timbul mengapa sekarang, sebab sejak dahulu lagi golongan ahli bahasa dan cendekiawan Melayu cuba menyampaikan hasrat ini, tetapi kerajaan memaksa PPSMI sehingga anak-anak luar bandar ketinggalan. Kebetulannya, mereka terdiri daripada bangsa saya sendiri.

    Persoalan: Ketika Perak bergelut, pihak lain mencuba lagi menimbulkan isu. Jika mahu membangkang, kenapa bukan ketika cuti sekolah bulan 11 atau bulan 12? Kenapa selepas sesi persekolahan bermula baru semua berteriak menunjuk emosi?

    Jawab: Usah campuradukkan isu Perak; kita fokus pada PPSMI. Mengapa sekarang? Tahukah puan beberapa rundingan 'meja bulat' diadakan antara NGO dengan KPM. GAPENA akhirnya telah membuat laporan polis apabila berasakan kerajaan tidak adil dan berdolak dalih tentang PPSMI. Ruang untuk meminta pertimbangan ini semakin tertutup, dengan Hishamuddin (Datuk) sentiasa memberi alasan melanjutkan PPSMI; manakala Datuk Najib nampaknya tidak berminat dengan hal ini.

    Masyarakat semakin resah, apabila kenyataan demi kenyataan yang diberikan kerajaan sejak akhir-akhir ini bercanggah dengan pandangan mereka.

    Paklah akan meleapskan jawatannya sebagai PM Mac ini, bilakah lagi masa yang sesuai untuk masyarakat memberi 'signal' kepada beliau? Seperti yang saya nyatakan tadi, Najib (Datuk Seri) tidak berminat untuk jati diri bangsa, sesuai dengan latar belakang beliau sebagai anak golongan aristokrat, bukannya marhaen seperti orang kampung dan anak petani.

    Persoalan: Tidak sedarkah semua Melayu yang menimbulkan semua isu ini bakal membuatkan ribuan pekerja hilang pekerjaan di kala ekonomi makin merudum ini?

    Jawab: Mengapa pula soal bahasa menyebabkan pengangguran? Penganguran ada hubungkaitnya dengan ekonomi. Kemelesetan ekonomi berlaku di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja.

    Persoalan: Tidak tahukah pelabur asing mula menarik diri dari negara kita yang semakin tak stabil?

    Jawab: Pelaburan asing dari mana-mana negara adalah kerana kecekapan kerajaan. Sebagai contoh,Dr. M dahulu amat bijak mencari ruang untuk pasaran dan pelaburan ekonomi. Delegasi Malaysia yang mengikuti rombongan beliau keluar negara biasanya dapat peluang mengadakan usahasama dengan pelabur negara asing. Cuma, zaman Paklah, ia kurang sedikit. Jika dilihat kedaaan ekonomi sekarang, makin peritlah, sebab kejatuhan harga minyak dan kurangnya permintaan terhadap produk industri menyebabkan ekonomi negara-negara di seluruh dunia terjejas. Tengoklah Singapura. Ia sebuah negara stabil, tetapi masih berlaku ketidaktentuan ekonomi. (Rujuk Bloomberg)

    Persoalan: Jangan sesekali pandang rendah kemampuan orang luar bandar!. Saya dari kawasan pendalaman Baling yang mana masih ramai yang belum punya paip air. Saya mampu buktikan org ulu spt saya mampu belajar.

    Jawab: Puan seorang daripada beribu orang luar bandar yang berjaya. Di mana puan belajar? MRSM? SBP? Jujur saya katakan, jika puan dekat dengan dunia pendidikan, puan akan melihat betapa jauhnya jurang antara orang luar bandar dan bandar. Saya ingin jelaskan bahawa menolak PPSMI tidak bererti menolak BI. Saya sendiri telah tegaskan BI perlu diberi penekanan, tambahkan jumlah guru dan tingkatkan kualiti mereka. Perbanyakkan ABM, supaya anak luar bandar memahami BI dengan mudah.

    Persoalan: Saya lihat, bukan pelajar luar bandar tidak mampu belajar dalam bahasa Inggeris, tapi kebanyakkan GURU MELAYU sendiri yang tidak mahu berubah dalam menjadikan Ilmu Math dan Sains mudah dipelajari dalam Inggeris.

    JAwab: Ini satu penghinaan kepada guru. Sebagai guru, saya terhina dengan tanggapan puan. Jika puan seorang guru, puan akan hadapi masalah untuk menjelaskan sesuatu kepada pelajar dalam BI. Jika asasnya mereka tidak faham BI, bagaimana mungkin mereka akan memahami fotosistesis, miosis, mitosis dan seumpamanya. Bukankah pendidikan untuk memudahkan? Jika mediumnya BI, hasrat untuk mencapai dasar 60:40 tidak akan tercapai.

    Persoalan: Jikalau anda pelajar aliran sains, dan meneruskan pengajian di aliran sains peringkat universiti, pasti anda akan merasa sukarnya. Apa-apapun, bukankah Geologi, Sejarah, 2 kertas Bahasa Melayu, KHB dan puluhan matapelajaran peringkat SPM masih diajar dlm bahasa Ibunda?

    Jawab: Benar, saya setuju. Malah saya rasakan DBP perlu memperbanyakkan lagi penterjemahan dalam BM, supaya ilmu dalam buku-buku dapat dikongsi oleh anak bangsa kita. Dalam hal ini, saya setuju dengan puan, memang di peringkat tinggi, BI menjadi semakin dominan. Ia sekaligus menunjukkan yang penting ialah penguasaan subjek BI, bukannya merencatkan Sains dan Math.

    Persoalan: Tahukah di sekolah Cina, budak2 belajar Sains dan math dalam Inggeris dan bahasa cina? Ada cina boikot? Kenapa tidak mahu buka mata?

    Jawab: Puan belajar di sekolah Cina? Saya mempunyai ramai kawan mengajar di sekolah Cina. Guru Cina lebih berani menyanggah dasar kerajaan. Mereka mengajar Math dan Sains dalam bahasa ibunda sebab mereka tahu kesannya terhadap murid Cina.

    Sekolah Melayu sentiasa dipantau oleh PPD dan JPN, dan sikap Melayu memang Pak Turut dalam kebanyakan dasar kerajaan. Bila ada menyanggah, dituduh pembangkang. Puan bacalah kenyataan Menteri pelajaran terhadap demo bantahan anti PPSMI: Saya lihat tiada PEMUDA UMNO dalam demo tersebut. Ini didalangi pembangkang.

    Begitulah kita, Melayu yang semakin hilang jati dirinya.

    Puang katakan puan tidak hilang jati diri. Syabas, tapi bukan generasi puan yang saya bimbangkan. Saya bimbangkan anak-anak kita pada masa depan, dan nasib Bahasa Melayu yang akan menjadi seperti mana tulisan Jawi hari ini.

    Bukalah mata..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Maaf sekali lagi.

    Kita saling sama terhina. Saya rasa terhina kerna golongan seperti saudara yang berjuang ini menganggap org kampung seperti saya kurang cerdik.

    Anda rasa terhina kerana saya memandang rendah segolongan guru yang tidak mahu berusaha keras. Lihat saja berapa ribu setiap tahun anak-anak muda lari dari pengangguran dan menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan mudah?

    Apa-apa pun perjuangan ini menjadikan anak bangsa lebih terkebelakang. Dari bergelut mahu Math dan Sains kembali diajar dalam bahasa Melayu, apa kata sarankan saja tambah lagi 2 matapelaran, PPSMM pula. tambahkan saja bebanan kepada pelajar Melayu seperti Pelajar Cina.

    Melayu memang manja.

    Saya tak mengatakan isu bahasa membuatkan saya hilang kerja, tapi gabungan isu-isu yang berlaku tika ini di Malaysia bakal membuatkan pelabur asing makin jelak. Syarikat tempat saya bekerja, dimiliki 100% oleh Warga Australia. Mereka sudah mula berkata Malaysia tidak lagi indah seperti 8 tahun lepas, ketika mula-mula mereka bertapak di sini.

    Anda tidak akan pernah faham dilema kami yang kerja swasta. Kerana anda orang kerajaan. Kalau kerajaan salah sikit, boikot. Ada masalah sikit, mogok.

    Bagaimanapun, anda guru. Saya hormat anda kerana itu. Ayah saya juga guru, lebih 30 tahun. Dan saya adalah pelajar sekolah harian biasa. Jangan anggap saya mendapat kelebihan dari sekolah golongan kaya. Saya ke Universiti dengan hasil susah payah, biasiswa kerajaan.

    Berlian bukan nama berlian tanpa diasak dengan berlian juga. Besi bukan namanya besi tanpa tempaan suhu tinggi. Great leader dan pemenang nobel antarabangsa bukan melaui proses pembelajaran mudah. Di sini saya tekankan GREAT LEADER.

    Selagi Melayu masih mengharap disuap, dan mengambil mudah semua perkara, kita akan terus ketinggalan.

    :)

    ReplyDelete
  9. Marissa, terima kasih berkongsi pandangan. Saya tidak rasa perbezaan pendapat kita menjengkelkan. Saya bersyukur puan sudi berkongsi pendapat dengan saya. Moga negara kita akan terus kekal harmoni. Hendaknya, cepat-cepatlah kegawatan ekonomi berakhir. Salam permisi.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...