Monday, March 9, 2009

Kembali Memegang Amanah Warden..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Mulai Mac 2009, aku kembali memegang amanah sebagai warden asrama. Sudah agak lama aku tinggalkan aktiviti asrama, meskipun pernah memegang jawatan ini pada 2001 hingga 2005.

Pengalaman menjadi warden sebenarnya adakala menyeronokkan dan sebaliknya. Bagaimanapun, tugas sebagai warden menuntut satu pengorbanan yang luar biasa. Jika dibandingkan dengan elaun yang diberi, memanglah tak berbaloi, tetapi ini adalah tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul bersama, demi kelangsungan generasi masa depan.

Hari ini, semua warga asrama dan warden menyambut Maulidur Rasul 1430H di sekitar asrama. Selepas solat subuh, warga asrama berkumpul di Medan Budi untuk menyertai perarakan dan salawat. Mereka dipecahkan mengikut kamar masing-masing, dengan pakaian seragam mengikut kamar dan sepanduk yang dibuat sendiri.

Ceramah Ustaz Ahmad Zamri Husin dari PPD Manjung berkisar tentang akhlak Rasulullah s.a.w. Selepas itu, warga asrama yang menjawab soalan kuiz akan menerima hadiah. Pada sebelah petang, Biro Kerohanian mengadakan beberapa pertandingan seperti berzanji, syarahan, tilawah dan seumpamanya. Pertandingan seperti ini dapat mencungkil bakat pelajar dan menambahkan keyakinan mereka membentuk jati diri.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan program ini berjaya menarik minat warga asrama mengenali Muhammad bin Abdullah, tokoh tersohor yang telah mengembangkan Islam sehingga dikenali oleh dunia hari ini.

5 comments:

  1. selamat menjalankan tugas ;)

    ReplyDelete
  2. warden - teringat masa kat Seri Perak dulu.....
    memang tugas yg mencabar.
    selamat bertugas...

    ReplyDelete
  3. Saya suka warden Cikgu Adam sekolah anak saya di KGV dulu. Setiap kali ibubapa datang dia yang menyambutnya.

    ReplyDelete
  4. iina, Bro Jinggo,

    Makaseh. Besar cabarannya..

    Tambah dengan situasi disiplin bebudak sekarang.

    ReplyDelete
  5. Pokli,

    Bagus pandangan (mungkin juga saranan) tu..

    Tapi saya dok luar, tak dapat berada di asrama sepanjang masa. Dulu, memang saya buat begitu, sebab masa tu dok di rumah warden.

    Sekarang di rumah sendiri. Saya datang setaip hari bertugas atau ketika kecemasan..

    Tapi tugas tetap tugas..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...