Friday, March 13, 2009

Perbincangan Dalam Kumpulan

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.
Ada guru yang suka menggunakan kaedah talk and chalk. Tambah malang lagi, penyampaian sehala dalam kelas menyebabkan daya fikir murid terbantut.

Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk memastikan P&P berjalan lancar. Satu kaedah yang sering digunakan oleh guru untuk mengelakkan kebosanan ialah Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK). Lima atau enam kumpulan kecil boleh diwujudkan dalam sesebuah kelas. Ketua kumpulan mestilah dilantik daripada pelajar yang berwibawa.

Perbincangan secara positif melalui kumpulan sebaya

Peralatan yang perlu biasanya kertas majong, pen marker dan akhbar. Melalui kawalan guru, pelajar boleh membincangkan tajuk yang diberi. Jika masa mencukupi, benarkan mereka buat pembentangan. Ada yang berani bercakap di hadapan, dan ada juga yang pertama kali berucap, menyebabkan dia gelabah tiba-tiba.

Tapi PDK selalunya memberi impak positif. Pelajar lebih seronok kerana mereka boleh berkongsi pandangan dengan rakan lain secara sihat.


3 comments:

  1. Setuju..perbincangan dalam kumpulan mempunyai kesan yang baik terhadap pelajar bukan saja menambah kefahaman tentang subjek yang dipelajari tapi menerapkan sikap bekerjasama, menghormati pendapat orang lain, menaikkan self esteem mereka, mendidik mereka berani mengeluarkan pendapat dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. sambil bincang boleh gurau2, mata pun tak mengantuk :)

    p/s: hari ni saya cerita mimpi.

    ReplyDelete
  3. study group...
    itu yg digalakkan.
    tapi budak2 hari ini kena disergah selalu...

    nanti cerita gusti pun keluar
    cerita mawi
    cerita kerajaan perak pun ada....

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...