Tuesday, March 24, 2009

Pergilah Makan..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

"Dah makan?" tanyaku kepada pelajar yang kelihatan termangu di kerusi yang berderetan di Atrium Ilmu pada waktu rehat.

Dia senyum memandangku. Kelat senyumannya. Tak berjawab pun pertanyaanku.

"Mengapa tak ke kantin?" aku mengulang tanya dalam hala yang lain, berharap dia membuka mulut.

"Tak apalah cikgu, saya dah kenyang," katanya perlahan sambil menundukkan kepala, tapi penuh bermakna. Kakinya digoyang-goyangkan perlahan. Mungkin untuk mengurangkan rasa takut bercakap denganku.

Dah kenyang? Mana mungkin dia kenyang kalau belum makan. Rehat baru bermula. Pasti dia menghadapi masalah untuk belajar kalau perutnya kosong.

"Pergilah makan," kataku sambil mengunjukkan RM2.

Dia malu-malu. Segan. Matanya memandang ke arahku, sambil meleret ke arah wang yang kuunjukkan. Wajah ayunya bertudung menyebabkan aku rasa makin terharu. Dia tidak terlalu bijak, tapi muridku ini berpotensi dalam pelajaran.

"Tak apalah, cikgu." Dia masih malu-malu menerima pemberian yang tak seberapa itu.

"Ambillah, kamu pergi makan. Nanti kalau masuk angin, susah nak belajar," aku memujuknya.

Wang yang kuberi itu diambilnya dengan penuh santun.

"Terima kasih, cikgu."Katanya penuh tertib.

Aku menyuruhnya segera ke kantin sebelum tamat masa rehat.

Dari kejauhan, aku melihat riak wajahnya yang muram tadi, bertukar girang.

Muridku itu adalah anak kampung yang lahir dalam keluarga yang cukup sederhana. Siapa pun mungkin tak peduli akan nasibnya, jika dia tidak cuba keluar daripada ruang yang melingkunginya.

Siapa pun tidak mengenali Nik Nur Madihah, jika dia bukan pelajar cemerlang SPM 2008. Begitulah, sebahagian daripada drama realiti dalam masyarakat kita. Bukan semua orang mempunyai kekayaan melimpah ruah. Anak nelayan, pekebun getah, yang tinggal di kampung dan pedalaman, masih ada yang dihimpit kemiskinan. Tapi, ada sebahagian mereka masih mampu berjaya, asal ada kesungguhan dan iltizam.

9 comments:

  1. yop

    sedihnya baca N3 hari ini.
    asasnya 'isu2 ' macam tu yang menjadi penghalang kalau dibesar2kan.....
    walaupun itu bukan asasnya.

    selebihnya kita adalah apa yg kita fikirkan.
    semuga pelajar itu tahu : yang dia berhak mendapat apa yg orang lain dapat - yang penting : ubah pemikiran....

    teman dulu pun miskin yop.
    pegi sekolah kasut rubber aja ( merangkap kasut raya sekali )
    makan...
    bawa beke kate org perak...

    semuga yop diberkatiNya

    ReplyDelete
  2. Bidang kita lain, bang, tapi matlamat sama.

    Yang penting, ubah fikiran,..

    SETUJU.

    ReplyDelete
  3. baiknya cikgu :)

    wah, tukar template ek :)

    ReplyDelete
  4. Ckgu,

    Sy jg pernah jumpa isu yg sama...malah ada yg lebih teruk dr itu. Kalaulah sy jutawan...nk aje sy buat budak2 tu semua anak angkat saya.

    Kesian...ada yg semangat nk belajar tapi dek kerana kemiskinan smuanya luntur.

    Ramai sebenarnya budak yang senagkatan macam Nik Nur Madihah.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Subahanaallah...

    Mulia sungguh hati cikgu...semoga cikgu dapat mendidik anak-anak bangsa menjadi insan-insan yang cemerlng,gemilang dan terbilang...

    Moga2 Allah sentiasa merahmati dan memberkati usaha cikgu...

    ReplyDelete
  6. Salam sdr. Brahim.

    Itulah juga perasaan saya bila saya kirimkan duit belanja setiap pagi melalui anak kedua saya dulu sebagaimana saya ceritakan di n3 bertajuk "Anak Malang"

    ReplyDelete
  7. maksu,

    Tidaklah baik sangat, tapi bila dah berada dalam dunia perguruan ni, beginilah realitinya. Ha'ah, tukar. hehehe

    Asyiq,
    SETUJU, ramai budak kita yang miskin semakin luntur semangatnya, tak macam budak miskin zaman dulu.

    Huda,
    Apalah sangat usaha saya kalau nak dibanding dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama. Kita usahakan yang terbaik..

    ReplyDelete
  8. Pakdin,

    Saya ingat lagi kisah Anak Malang tu. Memang ada sedikit persamaan, secara realitinya, beginilah keadaan golongan 'bawahan', dan saya bersyukur sebab menjadi sebahagian daripadanya. Sekurang-kurangnya, dapat menyelami suka duka deme.

    ReplyDelete
  9. Betul itulah realitinya.. tidak semua anak2 itu senang hidupnya.. yg penting kita dapat terapkan kesedaran bahawa mereka mahu mengubah kehidupan mereka dengan berusaha sebaiknya ;)

    Dulu kdgkala sedih melihat pelajar sendiri bila smpi ke universiti sering ambil mudah dan lupa diri ;)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...